Friday, March 6, 2015

Apakah dimaksudkan carian rasmi

Di manakah mendapatkan carian rasmi apabila kita hendak membuat semakan nombor hakmilik tanah ataupun jenis kegunaan tanah bagi mendirikan sebuah rumah. Katakan ada iklan satu lot tanah untuk dijual di kawasan yang kita ingin mendirikan rumah, tetapi kita tidak berapa yakin dengan geran yang ditunjukkan oleh agen hartanah. Oleh itu untuk kepastian kita hendaklah membuat semakan lanjut hakmilik tanah tersebut di pejabat tanah sebelum kita membeli kerana mungkin tanah tersebut bukan atas satu nama mungkin banyak nama atau mungkin belum di pecah bahagian.  

Sebelum itu kita baca dahulu apa yang dimaksudkan dengan carian rasmi. Carian rasmi boleh didapati di pejabat tanah setiap negeri. 

DEFINASI
 
Carian dikategorikan kepada 2 iaitu

  • Carian persendirian
  • Carian rasmi 
CARIAN RASMI

Carian untuk memeriksa, mencatat atau 'extract' mana-mana daftar hakmilik, buku perserahan atau buku pembetulan atau apa-apa instrumen urusniaga atau permohonan yang disertakan kepada pendaftar dan carian rasmi tersebut perlulah ditandatangani oleh pendaftar.



KELAYAKAN PEMOHON

Mana-mana orang, agensi, syarikat atau badan yang berkepentingan

.

KAEDAH PERMOHONAN

  • Permohonan hendaklah dibuat menggunakan borang Carian Rasmi yang dikeluarkan oleh Pejabat Pendaftar atau Pejabat Tanah Daerah mengikut sek. 384 KTN.
  • Bayaran permohonan carian rasmi sebanyak RM50.00

PERMOHONAN

Permohonan dibuat di pejabat tanah atau pejabat pendaftar dimana hakmilik tersebut dikeluarkan.

rujuhan: Pejabat Tanah Dan Galian Selangor @  http://ptg.selangor.gov.my

Setiap pejabat tanah caj untuk carian rasmi bergantung (PTG) setiap negeri, di sini saya bagi contoh carian rasmi di Kuala Terengganu.Caj untuk satu carian rasmi adalah dalam lingkungan Rm30.00 - Rm50.00 bagi setiap carian.

Carian Rasmi Status Tanah Jenis: Pertanian
1) Nombor Hakmilik
2) Nombor Lot Tanah
3) Keluasan Tanah (Ekar@Hektar)
4) Pegangan Tanah (Freehold@LeaseHold)
5) Kegunaan Rizab Melayu 
Carian rasmi

 Carian Rasmi Status Tanah Jenis:Bangunan

Carian rasmi




13 comments:

  1. memang kene pergi pejabat tanah ke?
    tak boleh buat secara online?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hah xboleh buat secara online ke?

      Delete
    2. Depends pada negeri mana. Contoh PTG Kuala Lumpur dah ada kemudahan carian rasmi online. Negeri2 lain rasanya belum ada & kena hadir ke pejabat. Wallahua'lam

      Delete
    3. boleh sila kliks link ini https://www.easylaw.com.my/login dan kalau x tahu cara carian sila klik ini https://www.youtube.com/watch?v=ZKMWW_jymLc

      Delete
  2. @Bisnes Topup - Terpulang pada lokasi tanah tersebut..bole WhatsApp saya 017-6232 998

    ReplyDelete
  3. Adakah kos carian rasmi di tanggung oleh pembeli rumah?? Bukan pemaju

    ReplyDelete
  4. Innalillahi wainna ilaihirajiun...

    ReplyDelete
  5. Berapa lama proses carian persendirian
    Di pjb tabah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. sangat sekejap.. saya baru selesai buat carian di pej tanah..... jika urusan dokumen semua lengkap, mmg tak sampai 5minit...ambil no, tunggu, bagi dokumen, dan balik....

      Delete
    2. Tn... Nak buat carian utk beli rumah boleh online atau kena pergi pejabat tanah..

      Delete
  6. Hi.. Bole share dokumen apa yg diperlukan?

    ReplyDelete
  7. Hi bole share dokumen apa yg diperlukan?

    ReplyDelete
  8. Boleh share tak dokumen apa yang diperlukan? Terima kasih

    ReplyDelete